PKR gesa PM jawab isu tahanan mati dalam lokap

Wartawan Sinar Harian
1 Jun 2013
PKR gesa PM jawab isu tahanan mati dalam lokap
N.Surendran menunjukkan gambar kesan lebam badan Dhamendran yang mati dipukul dalam tahanan polis, di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya. Foto: Sinar Harian Online-Nizam Zain
PETALING JAYA - PKR mendesak supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penjelasan berhubung kematian Dhamendran yang dipercayai mati dibunuh akibat dipukul ketika dalam tahanan polis.

Naib Presiden PKR, N.Surendran mendakwa laporan bedah siasat dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur mendedahkan tubuh mangsa mempunyai banyak kesan lebam di seluruh badan dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

"Kami mahu Perdana Menteri menjelaskan bagaimana Dhamedran boleh mati dalam tahanan polis walhal mangsa hanyalah suspek.

"Laporan bedah siasat dari hospital kerajaan adalah bukti kukuh dan jangan kata mangsa mati disebabkan masalah kesihatan kerana perkara itu disahkan doktor patologi yang membuat bedah siasat itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. roda informasi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger