Featured Post Today
print this page
Latest Post

Gambar P Ramlee Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Lihat!

Gambar P-Ramlee Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Lihat:-P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.
Bapa P.Ramlee
P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.Semenjak di bangku sekolah lagi , P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni , terutamanya dalam seni muzik.Di Penang Free , P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.
Semasa pendudukan Jepun di Malaya , P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan pancaragam “ Teruna Kampung “.Dalam pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai yang diadakan dalam tahun 1947 , pancaragam beliau menjadi juara dengan lagu ‘ Keroncong Oh Suci ‘ yang dinyanyikan oleh P.Ramlee.
p-ramlee
P.Ramlee semasa muda
Pada tahun 1964 , P.Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di Studio Merdeka milik Merdeka Film Productions di Hulu Kelang.Sepanjang hayat P.Ramlee telah berlakon kira-kira 66 buah filem , mengarah 37 buah filem dan mencipta sebanyak 250 buah lagu.Namun setiap yang hidup pasti akan merasai kematian , awal pagi Selasa bersamaan 29 April 1973.P.Ramlee telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan sakit jantung ketika berusia 44 tahun.Beliau meninggal dunia di dalam ambulans sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.
Walaupun beliau sudah lama meninggalkan alam yang fana ini , jasa dan baktinya dalam arena seni sentiasa kekal dalam ingatan.Pada 6 Jun 1990 , Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-9 telah menganugerahkan beliau bintang Darjah Panglima Setia Mahkota ( DPSM ) yang membawa gelaran Tan Sri.






solat jenazah P.Ramlee
Gambar – gambar semasa beliau kembali ke Rahmahtullah
Mungkin ramai yg tak pernah tgk termasuk saya.
Al-Fatihah buat Alllahyarham P.Ramlee

Foto terakhir P. Ramlee yang diambil beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia
Hancur badan dikandung tanah Budi baik dikenang juga Biar alam hancur dan musnah Jasa mu tetap dikenang juga Semoga Allah S.W.T mencucurkan rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah.
0 komentar

Gambar Paling Menginsafkan Ramadan Ini


Semoga.................. diberi balasan syurga. Anak yang sangat......soleh
Thanks @Maskawaih for the find







0 komentar

Mengapa di Foto Einstein Menjulurkan Lidah

Mengapa di Foto Einstein Menjulurkan Lidah? - Einstein merupakan salah satu ilmiwan yang sangat terkenal. Hal ini disebabkan oleh kejeniusan yang dimiliki Einstein yang bia dikatakan "superior" dan tidak dimiliki orang pada umumnya. Saat ini kita hanya bisa melihat foto Einstein saja. Dan uniknya, Mengapa di Foto Einstein Menjulurkan Lidah? Kenapa tidak menggunakan foto biasa saja seperti ilmuwan lain pada umumnya?


Einstein menjulurkan lidah yang mudah kita temui di cover majalah, poster dan kaos. Foto tersebut diambil oleh fotografer (Arthur Sasse) pada 14 Mar 1951 di Princeton pada acara ulang tahun ke 72. Foto yang lengkap (aslinya) adalah Einstein sedang duduk di kursi belakang mobil bersama Dr Fank Aydelotte dan istrinya.

Mengapa Einstein menjulurkan lidah?

Yah, inilah pertanyaan banyak orang mengenai foto tersebut. Sebagian orang menganggap bahwa agar genius, maka kita harus mengeluarkan lidah dengan rambut yang acak-acakan. Hm…hanya mitos..
Sebenarnya pada saat itu, Albert Einstein dan Aydelotte baru saja pulang dari acara penghargaan Einstein.

Meskipun Einstein sudah duduk di kursi mobil, masih saja reporter dan fotografer mengejar dia. Para wartawan berusaha menahan Einstein, dan Einstein berteriak : “Ini cukup. Ini cukup!”. Namun dasar wartawan, tetap saja mengajukan pertanyaan dan para fotografer terus mengambil gambarnya bersama kerabatnya. Ketika wartawan meminta kesediaan Einstein untuk mengabadikan foto ulang tahunnya, akhirnya iapun menjadi letih dan kesal, lalu ia menjulurkan lidahnya, dengan nada mengejek. Pada saat itu, Arthur Sasse sempat mengabadikan foto Einstein tersebut.

Meskipun demikian, Einstein sangat menyukai foto itu. Ia memotong foto tersebut, sehingga hanya tampak dia sendiri (tanpa memunculkan Aydelotte dan istrinya). Einsteinpun memperbanyak foto tersebut dan mengirim ke teman-temannya.
0 komentar

Lelaki penggal cincang isteri

Khamis, 7 Jun 2012


BERLIN: Seorang lelaki mengaku memenggal isterinya sebelum mencampakkan kepala mangsa dari bumbung apartmen mereka ketika keenam-enam anaknya berada di rumah.
Orhan Sircasi ditahan kerana membunuh isterinya, dan memotong mayat mangsa dengan pisau. 
Lelaki berusia 32 tahun itu cuba mengelak daripada ditangkap dengan menyerang anggota polis dengan pisau berkenaan.

Dia akhirnya berjaya ditangkap di balkoni kompleks apartmennya tetapi hanya selepas dia mencampakkan kepala isterinya dari bumbung apartmen itu.

Polis diberitahu mengenai kejadian berkenaan sejurus selepas jam 1 pagi setelah saksi membuat laporan mengenai pertengkaran sepasang suami isteri dari balkoni masing-masing dan melihat bagaimana Orhan menikam dada mangsa sebelum memenggalnya.

Ekoran penangkapannya, Orhan dikatakan memberitahu pegawai, dia tidak kesal dengan perbuatannya.

Dia dijadual dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Polis mengesahkan, enam anak pasangan itu, empat lelaki dan dua perempuan yang berusia antara satu hingga 13 tahun, berada di rumah tetapi tidak menyaksikan pembunuhan itu.

Bagaimanapun seorang jiran berkata sebaliknya.

“Mereka dalam ketakutan. Si bapa membiarkan mereka melihat ketika dia memotong mayat ibu mereka,” kata jiran itu.

Kanak-kanak itu kini diberi rawatan psikologi dan akan diletakkan di bawah penjagaan pihak berkuasa.

Jiran membuat laporan kepada polis pada awal pagi selepas terdengar jeritan dari kediaman pasangan itu.

Bagaimanapun, punca pergaduhan tidak diketahui.

Seorang jiran memberitahu akhbar Bild: “Saya terdengar jeritan dari rumah atas dan kakak saya berkata, ada sesuatu yang terjadi. Kami mendekati tingkap dan mendengar bagaimana lelaki itu menjerit dan memukul isterinya.

“Akhirnya, saya melihat dia memegang kepala wanita itu. Saya mendengar dia campakkan kepala itu ke bawah.”

Seorang jiran lain berkata: “Saya melihat kepala itu dan saya fikir tidak ada apa-apa. Ia mungkin patung atau sesuatu yang lain.

“Tetapi apabila polis menyuluhnya saya berkata: ‘Oh Tuhan. Itu jiran kami.”
Menurut laporan media, Orhan sering bertindak ganas terhadap isterinya, memukul dan menendangnya jika dia berang, lebih-lebih lagi selepas minum arak.

Orhan dipercayai mempunyai rekod polis kerana beberapa kesalahan, termasuk kerana cuai, kesalahan trafik dan dadah. - DM
  Sumber
0 komentar

Budak 4 Tahun Maut Dibaham Anjing Sendiri


SEORANG kanak-kanak perempuan empat tahun maut apabila digigit dan dibaham anjing peliharaannya sendiri yang bersaiz agak besar.

Lexi Hudson ketika kejadian sedang bermain-main bersama anjing mereka itu daripada spesis French Mastiff sebelum anjing besar itu mula menyerangnya.

Menurut jirannya yang juga saksi kejadian, tubuh kanak-kanak itu digoncang seperti anak patung ketika diserang di luar kawasan rumahnya semalam.

Ibu, Lexi, Jodi Hudson, 30, berjaya menikam anjing berkenaan hingga mati ketika bergelut dengan haiwan itu bagi menyelamatkan anaknya dari mulut anjing berkenaan.

Petugas perubatan kecemasan mengejarkan Lexi Pusat Perubatan Queen’s di Nottingham  malangnya kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kecederaan teruk.

Anjing berkenaan yang diselamatkan keluarga itu baru sahaja tinggal bersama mereka selama beberapa minggu di sebuah rumah pangsa di perkampungan Mountsorrel di Leicestershire.

Anjing peliharaan keluarga berkenaan bukan datang dari jenis anjing yang dilarang untuk dipelihara di bawah Akta Anjing Berbayaha.
0 komentar

Benarkah Shila Amzah mula demand

Salam semua,


Benarkah Shila Amzah mula demand?

BETULKAH anak dara ND Lala tu dah makin tinggi harganya? Dengar-dengar ceritanya harga Shila mencanak naik selepas habis pertandingan Mania di Astro Ria tu.


Itu kata-kata yang Joyah dengar sedang bertebaran dalam kalangan orang industri.
Joyah tak percaya sangat berita-berita macam ni. Bukan apa, dah banyak sangat cerita yang tak benar pasal Shila orang reka sejak akhir-akhir ini. Orang tu tak hempas telefon bimbit, dikata bergaduh sampai macam tu sekali. Macam-macam...


Ala, biasalah cerita-cerita ‘panas’ macam ni. Shila pun berpacaran dengan orang yang panas juga. Jadi tempiasnya memang selalu kena hidung sendiri.


Terbaru cerita yang Joyah dengar apabila ada sebuah stesen TV yang panggil Shila untuk menjayakan sebuah program mereka. Bila sebut sahaja harga token yang nak dibayar, terus Shila minta naik lagi daripada harga yang ditawarkan.


Lalu orang stesen TV pun bengang dengan insiden tersebut dan terus menjaja cerita yang harga Shila dah semakin naik sejak akhir-akhir ini. Betul ke macam tu?


Kalau nak bayar dengan harga token pun berpada-pada juga. Sebab Joyah tahu sangat harga token yang diberi oleh stesen TV itu tak besar mana pun kalau nak banding dengan penglibatan artis dalam program mereka.


Ramai artis lain merungut tentang bayaran token yang tak pernah naik sejak zaman dulu-dulu lagi. Harga petrol pun dah mahal, tolak itu semua berapa yang artis kita dapat? [Utusan Online]

0 komentar

Indahnya Panorama Pelabuhan Poto Tano Sumbawa


Ada kenangan yang mengesankan ketika saya berkunjung ke Pulau Sumbawa - Nusa Tenggara barat pada beberapa waktu yang lalu. Dalam salah satu bagian perjalanan,  saya melewati  Pelabuhan Poto Tano. Pelabuhan ini adalah pintu gerbang bagi setiap pendatang yang ingin pergi ke Sumbawa dan begitu pula sebaliknya. 

Karena itu Pelabuhan Poto Tano memegang peranan yang penting bagi mobilisasi warga. Mereka yang sebelumnya singgah di Lombok dan ingin ke Sumbawa akan menyeberangi lautan dari Pelabuhan Kayangan menuju Poto Tano. Selain angkutan darat dan kapal laut , akses ke Sumbawa dari Mataram bisa ditempuh dengan menggunakan pesawat terbang.
  
Butuh waktu sekitar 2 jam untuk mengaruhi Selat Alas,yaitu  selat yang memisahkan Lombok dan Sumbawa. Meningkatnya jumlah kunjungan ke Sumbawa dari Lombok membuat pihak setempat menambah armada sejak tahun 2012 lalu. Jika kapal feri yang tersedia sebelumnya hanya berjumlah 13 kapal kini meningkat menjadi 16 kapal. 
 
Dua dermaga yang beroperasi di pelabuhan Poto Tano masing-masing akan diisi sebanyak 8 kapal. Pelabuhan ini buka selama 24 jam non-stop dengan jadwal keberangkatan setiap 1 jam sekali. Tak jarang, ketika  menunggu datangnya kapal itu terasa cukup lama sekali.


Selain posisinya yang penting, Pelabuhan Poto Tano ini menarik perhatian wisatawan karena merupakan pelabuhan paling cantik di Indonesia. Ya, hal itu karena panorama alamnya yang indah dengan gugusan bukit dan perairan hijau kebiruan.

Pada saat musim kemarau, bukit-bukit itu  akan diselimuti rumput yang berwarna kekuningan seperti bulu jagung kering. Sedangkan saat musim penghujan, bukit tersebut sangat hijau yang tampak harmonis  dengan warna perairan yang ada di tepian. Hilir mudiknya perahu tradisional dan kapal-kapal besar semakin menambah pesona keindahannya.


Begitu sampai di Pelabuhan Poto Tano yang berada di Desa Poto Tano, Sumbawa Barat, NTB kita akan disambut dengan tulisan besar “Sabalong Samalewa” yang artinya “membangun secara serasi dan seimbang antara pembangunan fisik dan mental spritual”. 

Dari pelabuhan ini Anda akan disuguhi pemandangan gugusan pulau-pulau kecil berpasir putih.Dari kapal, pemandangan luas dengan birunya langit dan pantai terlihat jelas. Di sebelah timur kapal-kapal sibuk mengangkut penumpang. 

Sedangkan di arah selatan tampak bukit yang diapit pantai serta perkampungan Bajo yang berada di sisi kiri bukit. Di sudut bagian utara tampak pulau-pulau kecil termasuk salah satunya Pulau Kenewa yang eksotis. Pulau ini luasnya hanya sekitar 13 hektar. Anda hanya perlu menempuh 20 menit perjalanan menuju daratan tujuan wisata tersebut. 


Bagi yang menyukai fotografi, pemandangan pelabuhan Poto Tano dan alam disekitarnya sangat sayang jika dilewatkan begitu saja. Cobalah untuk menyusuri beberapa tempat di garis pantai pelabuhan ini. Suasananya masih sangat sepi dan alami. Pasir putihnya bersih diselingi padang rumput yang luas. Jika cuaca sedang cerah dari kejauhan tampak Gunung Rinjani yang tersaput awan. 


Sesampai di Poto Tano, Anda bisa menentukan tujuan Anda selanjutnya. Bila ingin ke Sumbawa Barat maka berbeloklah ke kanan di bundaran Kemutar Telu yang akan akan kita jumpai setelah keluar dari pelabuhan. 

Jika ingin ke Sumbawa Besar, Bima atau Dompu maka arahkan perjalanan Anda lurus dengan  mengikuti alur jalan yang bagian kirinya membentang lautan biru dan bukit-bukit di bagian kanan.Sama seperti saya, dalam perjalanan itu saya yakin Anda juga akan terkesan dengan indahnya panorama alam di sekitar Pelabuhan Poto Tano ini.

====================

Baca juga dan Klik artikel menarik berikut ini  :

Instant Access To Get Freelancer Jobs 

Menambang Uang Melalui Facebook dan Twitter

Peluang Mendapatkan Dollar Via Internet 

Museum Santet Di Surabaya

Tips Memasang Iklan Di Blog 

Share Status di Fb/Twitter Dapat Komisi 

Jenazah Utuh Dimakamkan 35 Tahun Di Tuban


Click Nikmatnya Oleh-oleh Khas Tuban


Artikel-artikel Menarik lainnya bisa Anda baca 

di Link berikut ini :

www.blogger.comblogspot.com

0 komentar

Remaja Lelaki Di Kemaman Korban Pertama Banjir Tahun Ini!


KUALA LUMPUR — Banjir yang kini melanda Kemaman,
Terengganu meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang ditemui
lemas dalam kejadian di Kampung Padang Kubu, Kijal semalam.

Menurut Anggota Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, beliau
turut dimaklumkan seorang kanak-kanak dikhuatiri hilang dalam kejadian air
pasang besar, juga di Kijal.

Menurut laporan Bilik Gerakan Banjir daerah Kemaman, lebih 1,000 mangsa
daripada 483 keluarga kini ditempatkan di pusat pemindahan banjir, kata Ahmad
Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, kepada pemberita di sini
hari ini.

Katanya Jabatan Penerangan telah dikerah ke semua kawasan terjejas bagi
memastikan mangsa mendapat maklumat terkini berhubung bencana banjir di kawasan
masing-masing.

Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara sudah membuat persediaan rapi
dengan menghantar bekalan dan bantuan awal ke kawasan yang dikhuatiri akan
terjejas banjir.

Selain Terengganu, banjir turut melanda Johor yang membabitkan 4,765 mangsa
setakat ini dan Pahang dengan kira-kira 5,000 mangsa.  — BERNAMA
0 komentar

Samsor Sanggup ‘Korban’ Kereta Demi Selamatkan Murid


Samsor Sanggup ‘Korban’ Kereta Demi Selamatkan Murid
SERDANG : Seorang guru Sekolah Kebangsaan Seri Serdang (SKSS) di sini sanggup ‘mengorbankan’ kenderaannya demi menyelamatkan nyawa 30 pelajar dalam kejadian banjir kilat di sini kelmarin.
Menceritakan detik-detik cemas itu, Samsor Asrul Saad, 34, berkata, ia bermula apabila hujan lebat selama dua jam yang bermula sejak pukul 4.30 petang.
“Pada mulanya saya berniat hendak bawa kereta saya ke tempat selamat apabila melihat air mulai naik tetapi selepas melihat anak-anak murid saya dalam ketakutan saya membatalkan niat itu,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Samsor kemudiannya bertindak memindahkan semua murid ke tingkat atas bangunan tiga tingkat itu ekoran bimbang keselamatan mereka.
Bagaimanapun, tindakannya menyebabkan kenderaan pelbagai guna jenis Proton Exora yang dibelinya dua tahun lepas rosak teruk akibat banjir. – Kosmo
0 komentar

Kes Uncle Seekers 2 lagi ditahan

sinar harian
SHAHIZATUL FARHA S ROSLI
var dateEG = "July 13, 2012" var tarikhBM = tukarTarikh(dateEG); document.write(tarikhBM); 13 Julai 2012
Kes Uncle Seekers: 2 lagi ditahan
Dua individu lagi ditahan
JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan dua lagi individu, malam kelmarin, termasuk dipercayai pengurus peribadi kepada pengamal paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau dikenali sebagai Uncle Seekers bagi membantu siasatan kes memfitnah Sultan Johor.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Akhir Ishak berkata, lelaki dipercayai pengurus pribadi Uncle Seekers, berusia 39 tahun, ditahan bersama seorang wanita, 27, di Wangsa Walk, Seksyen 4, Kuala Lumpur.

“Kedua-dua mereka ditahan sepasukan anggota polis Johor pada jam 9.30 malam, semalam (kelmarin).

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan kes Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun jika sabit kesalahan,” katanya.

Kedua-dua mereka dibawa ke Kompleks Mahkamah Johor Bahru, semalam pada jam 9 pagi, bagi mendapatkan perintah reman dan dibawa keluar kira-kira jam 11 pagi.

Pendaftar Mahkamah Nuriza Mustafa membenarkan lelaki berkenaan ditahan reman sehingga 15 Julai ini manakala wanita yang ditahan bersamanya direman sehari sehingga semalam
0 komentar

15 Artis Jepun Paling Kacak

Ini list 15 Artis Jepun Paling Kacak yang telah dirembat oleh BH dari sebuah forum hiburan. Cekidout....

1.RYO NISHIKIDO




2. JIN AKANISHI


3. TOMOHISA YAMASHITA


4.YUU SHIROTA


5. JUNNOSUKE TAGUCHI


6. JUN MATSUMOTO


7. TOMA IKUTA


8.KOIKE TEPPEI


9.HYDE


10. TATSUYA UEDA


 11. NINOMIYA KAZURARI


12. TAKIZAWA HIDEAKI 


13. SHUN OGURI 


14. GACKT


15. HARUMA MIURA

 source: http://www.asianpopcorn.com/forum
0 komentar

PRU13 boleh diadakan selewat lewatnya 28 Mei kata pengerusi SPR


April 04, 2013
KUALA LUMPUR, 4 April — Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh diadakan selewat-lewatnya 28 Mei berikutan pembubaran Dewan Rakyat semalam, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata tarikh itu juga mengambil kira pembubaran automatik Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada 28 Mac lepas.
“Kalau kira mulai 3 April semalam, (tempoh 60 hari) akan habis 3 Jun, jadi ia sudah terlepas (tarikh pembubaran DUN) Negeri Sembilan. Maka perlu adakan (PRU13) selewat-lewatnya 28 Mei,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Soal Jawab terbitan TV3 yang dihoskan oleh Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Bhd Datuk Ahmad A. Talib, malam tadi.

Ditanya mengenai bayangan tarikh penamaan calon dan pengundian, Abdul Aziz berkata: “Ada bayang-bayangnya tetapi tidak sesuai saya sebutkan di sini kerana perlu dibincangkan dengan panel-panel (SPR) yang lain.” — Bernama
0 komentar

Dua digantung sampai mati

sinarharian
SITI NOR SEPEE
1 November 2012
Ivon Kirov Kostom
keDua lelaki Bulgaria yang dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah edar dadah.
JOHOR BAHRU - Dua lelaki warganegara Bulgaria dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamin di perhentian bas Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai pada Mei, tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman itu terhadap Ivon Kirov Kostom, 27, dan Georgi Dinev Bakalov, 26, setelah mendapati keterangan membela diri kedua-dua tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
“Kenyataan yang mengatakan mereka adalah mangsa keldai dadah dan cubaan memindahkan beban kesalahan orang ketiga dikenali sebagai Joji juga tidak boleh diterima.
“Mereka berdua sebenarnya sudah merancang perjalanan dari Bulgaria ke Malaysia lebih awal dan kenyataan kedua-dua tertuduh hanya diada-adakan bagi melepaskan diri,” kata Abdul Halim ketika membacakan penghakimannya yang diterjemahkan oleh seorang jurubahasa dari Bulgaria.
Menurut pertuduhan, Ivon didakwa mengedar dadah bahaya jenis methamphetamin dengan berat bersih 1945.6 gram (g) pada jam 4.15 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai pada 18 Mei lalu.
Sementara itu, rakannya, Georgi pula didakwa mengedar dadah jenis sama dengan berat bersih 2176.85 g pada tarikh, masa dan di lokasi yang sama.
Kedua-dua mereka yang bekerja dalam sektor pertanian di Bulgaria didakwa mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39(B) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Azreen Yas Mohamad Ramli manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Pritam Sigh Doal.
Seramai 11 orang saksi dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes ini.
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. roda informasi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger